Tuesday 16 December 2014

Business Online Bermodal Kecil




Phewww... terlebih pula rasa teruja nak share dengan semua peluang business online bermodal kecil ni. Shanizan faham ramai sebenarnya yang nak cari peluang perniagaan secara online ni. Cuba kita scroll ig, facebook, dan mana-mana akaun social media yang kita ada tu, apa yang perkara pertama menangkap mata kita? Yes!! betul. semua orang meniaga secara online. dari sekecil-kecil benda sehingga la ke sebesar-besar alam benda tu..

Trend sekarang pula kalau perasan yang artis pon memang ramai sangat ambil peluang untuk berniaga! Memang terlalu ramai kalau anda perasan.. Tapi pernah terlintas tak yang dia ni dahla artis, income memang toksah cakap la kan kalau yang famous tapi kenapa nak jugak meniaga? Sebab diorang yang artis pon tahu yang kos sara hidup sekarang dah makin hari makin meningkat. Tidak akan cukup kalau bergantung dengan 1 income sahaja.

Why?? kenapa kita yang dah memang income cukup-cukup makan ni tak nak amek peluang?? Sayangnya... Ok, saya tak nak bebel banyak-banyak sebab saya yakin anda semua lagi pandai dari saya untuk menilai. Saya cuma nak bantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan business online yang bermodal kecil. Peluang sentiasa bersama dengan orang yang selalu mencari peluang! mulakan business online anda walaupun dengan modal yang kecil.

Peluang juga bagi mereka yang inginkan income pertama pada 11/1/2015 sebanyak RM4500! Sila lah ambil peluang secepat mungkin. Kami telah merasa dan sekarang giliran anda pula untuk merasa.
Bayangkan bulan dec ni dah berhabis duit beli barang sekolah anak-anak, daftar sekolah, tuisyen dan macam-macam dan bulan jan nak tunggu gaji masuk 25hb sure nak makan pon susah sebab duit gaji dec dah habis untuk belanja anak-anak. so, kalau dapat RM4500 on 11/1/2015 boleh buat back up at least ada la sikit duit dalam tangan untuk beli barang dapur pulak kan.. Buat keputusan sekarang ok sebab ini last bulan rebate dan jika anda memilih untuk memulakan pada bulan hadapan, first income anda cumalah RM2900. banyak kan beza (T________T)

Ini saja yang shanizan nak share dengan semua. jom berjaya sama-sama2!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah Al-Baqarah:216

Hubungi saya sekarang.
Business Online Bermodal Kecil

Lots of Love,
Tengku Shanizan
tengku.shanizan@gmail.com
011 39103230



Wednesday 26 November 2014

Rawat Keputihan Dengan Tuala Wanita?

Assalamualaikum..




Apakah itu keputihan?

Keputihan, atau kita sebut juga sebagai Fluor Albus merupakan sekresi vaginal abnormal pada wanita. Keputihan yang disebabkan oleh infeksi biasanya akan menyebabkan rasa gatal di dalam vagina dan disekitar bibir vagina dibahagian luar.

Bakteria, virus, jamur atau parasit juga biasanya menjadi penyebab kepada timbulnya masalah keputihan ni. Infeksi ini dapat menjalar dan menimbulkan keradangan pada saluran kencing sehingga menimbulkan rasa pedih pada si penghidap tu bila nak buang air kecil. Sangat seksa ok bila nak buang air kecil dan pada masa yang sama terpaksa menahan kepedihan tu..


Antara ciri-ciri keputihan yang tidak normal

  1. Keluarnya cairan berwarna putih kekuningan atau putih kelabu dari saluran vagina. Cairan ini bersifat cair  atau kental dan kadang-kadang berbuih. Ini merupakan proses yang normal sebelum atau sesudah haid bagi sesetengah wanita.
  2. Tetapi bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah keputihan ini, ia akan disertai dengan rasa gatal.
Biasanya keputihan yang normal tidak akan akan disertai dengan rasa gatal. Sebahagian besar cairan tersebut berasal dari leher rahim, walaupun ada yang berasal dari vagina yang terdedah kepada infeksi. Keputihan normal juga tidak akan meninggalkan kesan pada panties seperti mana kesan kekuningan yang akan terkesan pada panties bagi keputihan yang tidak normal.


Punca-Punca Menyebabkan Keputihan
  1. Kerap menggunakan tisu ketika membasuh bahagian alat sulit selepas proses membuang air kecil atau besar.
  2. Memakai seluar dalam yang ketat dari jenis fabrik yang tidak menyerap peluh.
  3. Tidak menukar panty liner dengan kerap dan menggunakan tuala wanita yang salah
  4. Tidak mengambil berat tentang isu kebersihan alat sulit
  5. Tidak menukar tuala wanita dengan kadar segera ketika datang haid
  6. Sering mandi dengan cara berendam dalam air panas dan bakteria atau kulat senang membiak dalam situasi ini.
  7. Hormon yang tidak seimbang
  8. Kadar gula yang tinggi didalam tubuh
  9. Diet dan pemakanan yang tidak seimbang
  10. Sering menggaru alat sulit
  11. Keputihan yang tidak dirawat daripada awal
  12. Kerap bertukar-tukar pasangan
  13. Wanita yang badannya terlalu letih dan sebagainya..

Kesan-Kesan Keputihan Terhadap Wanita
  1. Cepat murung/kemurungan
  2. Hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan suami dan masyarakat akibat bau yang busuk disebabkan keputihan yang teruk
  3. Kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  4. Berpotensi untuk mendapat kanser rahim/pangkal servik sekiranya dibiarkan berlarutan 



Keputihan yang kronik boleh menyebabkan masalah rumahtangga dan akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri. 


Cara-Cara Mengatasi Masalah Keputihan
  1. Rebus segenggam daun sirih dalam masa 20-30 minit. Basuh miss V anda dengan air rebusan daun sirih tersebut setelah air rebusan menjadi suam.
  2. Bertangas
  3. Elakkan dari memakai seluar dalam yang ketat dan tidak mempunyai pengaliran udara.
  4. Amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat
  5. Jumpa doktor anda sekiranya masalah keputihan tersebut masih kronik.
Tetapi, selain daripada (5) cara merawat keputihan tersebut, masalah keputihan juga boleh dirawat hanya dengan menggunakan tuala wanita BioSeleza.



Keistimewaan Tuala Wanita BioSeleza
  1. BioSeleza mampu menampung sehingga 150ml cecair TANPA sebarang KEBOCORAN (normal maximum haid adalah 50ml)
  2. Membekalkan OKSIGEN dan tenaga BIO VELOCITY (BV) yang dapat menyeimbangkan tenaga ELEKTROMAGNETIK kepada pemakai. Tiada lagi masalah seperti keletihan, lesu, dan pitam semasa haid.
  3. Mengandungi nano perak dan ion negative untuk membasmi sehingga 99.99% bakteria dan juga mengandungi Far Infrared Rays (FIR) untuk melancarkan peredaran darah. 
[ TEKNOLOGI BV DI'PATENT'KAN DAN TIADA PAD LAIN DI DUNIA YANG BERTINDAK SEBAGAI 'BOOSTER' TENAGA DAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH SAKIT PUAN SEPERTI BIO SELEZA ]


Tuala Wanita BioSeleza Sesuai Untuk Siapa?
  1. Semua golongan wanita untuk kegunaan semasa haid dan pantiliner untuk kegunaan harian
  2. Ibu mengandung : memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, 'kencing kotor' dan terkencing semasa batuk atau bersin
  3. Lelaki : membantu masalah angin pasang, buasir, memelihara "kelelakian" dan pelbagai lagi fungsi lain melalui tenaga Bio Velocity dan FIR
  4. Kegunaan lain :
  • Diletakkan di dalam kasut (untuk keseimbangan badan dan nyahbau)
  • Boleh menggantikan 'cool fever' semasa demam
  • Ditampal didalam anak tudung untuk kesegaran dan masalah migraine

Kelebihan Memakai Tuala Wanita Bio Seleza
  1. Befungsi sebagai pembasmi bakteria
  2. Berfungsi untuk penyahbauan (menghilangkan bau)
  3. Menyelaraskan fungsi fisiologi tubuh badan
  4. Melegakan masalah sakit puan 
  5. Mencegah pertumbuhan sel kanser 



 Bio Seleza Feminine Pad (MIXED) mengandungi:
  1. Bio Seleza Feminine Pad (Pantyliner) X 2 pek (30 keping setiap pek)
  2. Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe) X 2 pek (10 keping setiap pek)
  3. Bio Seleza Feminine Pad (Night Safe) X 1 pek (8 keping)
  4. Bio Seleza Feminine Pad (Night Safe-Extra Long) X 1 pek (8 keping)
      HARGA : RM 131.00
      FREE DELIVERY 
Bio Seleza Feminine Pad (PANTYLINER) mengandungi:
  1. Bio Seleza Feminine Pad (Pantyliner) X 6 pek (30 keping pantyliner setiap pek)                                  Jumlah 180 keping pantyliner
      HARGA : RM 138.00
      FREE DELIVERY 


Bio Seleza Feminine Pad (DAY SAFE) mengandungi:
  1. Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe) X 6 pek (10 keping setiap pek)                                                  Jumlah 60 keping 
      HARGA : RM 128.00      
      FREE DELIVERY
Diharapkan perkongsian yang sedikit ini boleh membantu mereka yang memerlukan ikhtiar untuk mencegah penyakit yang selalu kaum wanita hadapi.. Untuk demo Bio Seleza, klik link dibawah.. Terima Kasih
Demo Bio Seleza- Credit to owner video

Loves,
Tengku Shanizan
Top Agent malaysia
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com
(PENGEDAR DIPERLUKAN)

Tuesday 25 November 2014

Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya

Assalamualaikum...

Shanizan nak share pasal ciri-ciri orang yang berjaya. Ramai orang yang nak berjaya kan? Kalau kita tanya pon orang sekeliling kita, boleh dikatakan semua orang nak berjaya. Siapa yang taknak berjaya? Takkan ada orang yang kata taknak berjaya. Semua orang mengimpikan kejayaan tu termasuklah shanizan sendiri, tapi tahukah anda ciri-ciri orang yang berjaya dan apa yang mereka lakukan?

Sebenarnya untuk mencapai kejayaan ni bukannya susah, kita cuma perlu ada ciri-ciri dan usaha macam orang berjaya ni ada.. Ok, shanizan akan terangkan 7 ciri-ciri orang yang berjaya ni untuk pengetahuan semua dan sebagai contoh la untuk kita berjaya.




1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk melakukannya. Anda jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda kena buktikan pada mereka yang memandang rendah pada anda tu yang anda mampu melakukanya dan anda pasti anda boleh berjaya.




2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa bijak mencari peluang yang ada. Contohnya macam ni: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya berkaki ayam atau tak pakai selipar la senang cakap. Bagi anda yang negatif, mesti anda takkan nak dan takkan jual selipar dekat situ sebab bagi anda dah tentu la orang takkan beli sebab semua pon tak pakai selipar kan. Tapi, bagi orang yang positif pula, anda akan nampak ini merupakan satu peluang besar dan tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar mereka cara-cara menggunakan selipar tu dan menerangkan pada mereka sebab dan pentingnya mengapa mereka perlu pakai selipar tu. Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan sentiasa nampak peluang yang ada.




3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan yang anda inginkan. Ciri-ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal erti puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi dan terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tak kenal erti penat dan tidak pernah mengaku kalah. Jangan cepat menyerah bila sekali anda berusaha, dan ia tidak mendatangkan hasil tetapi teruskan usaha sehingga anda dapat apa yang anda inginkan.




4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan tu adalah lumrah. Anda kena ingat yang kegagalan ini adalah dugaan Tuhan kepada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan itu dengan hati yang terbuka dan belajarlah dari kegagalan tersebut. Anda kena sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala ujian dan dugaan. Berani mengaku kesalahan dan berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap baik untuk anda jika anda inginkan kejayaan.




5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan diatas, jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk anda mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berusahalah untuk memperbaikinya. Jika anda gagal, renung kedalam diri anda dan tanya di mana silap anda sehingga anda tidak dapat mencapai kejayaan. Inilah satu-satunya cara untuk anda maju dan berjaya.




6. Menilai Dahulu Apa Kata Orang

Dalam anda berusaha untuk megejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata mengenai diri anda dan usaha anda. Itu juga hanyalah perkara biasa dan pernah dilalui oleh mereka yang dah berjaya. Tetapi janganlah anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap apa yang mereka katakan kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha yang anda lakukan mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan anda.




7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam perjalanan anda untuk mengejar cita-cita. Jangan pernah kenal dengan putus asa dan jangan takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan tempuhinya dengan kekuatan. Simpan dalam diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Sentiasa belajar dari kesilapan. Universiti yang tak akan pernah ada dalam dunia ni ialah "Universiti Pengalaman".




Jadi, sekarang faham tak macam mana ciri-ciri orang yang berjaya ni? Selamat berusaha untuk anda semua yang nak berjaya. Lakukanlah sesuatu daripada anda tidak melakukan apa-apa kerana kejayaan itu bermula dengan diri sendiri. Takkan ada orang yang boleh berjaya tampa berbuat apa-apa.. Semoga berjaya sampai kepuncak jaya.. insha Allah...






Love,
Tengku Shanizan
Top Agent Malaysia
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com