Showing posts with label BebasBelanja. Show all posts
Showing posts with label BebasBelanja. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

Business Online Bermodal Kecil




Phewww... terlebih pula rasa teruja nak share dengan semua peluang business online bermodal kecil ni. Shanizan faham ramai sebenarnya yang nak cari peluang perniagaan secara online ni. Cuba kita scroll ig, facebook, dan mana-mana akaun social media yang kita ada tu, apa yang perkara pertama menangkap mata kita? Yes!! betul. semua orang meniaga secara online. dari sekecil-kecil benda sehingga la ke sebesar-besar alam benda tu..

Trend sekarang pula kalau perasan yang artis pon memang ramai sangat ambil peluang untuk berniaga! Memang terlalu ramai kalau anda perasan.. Tapi pernah terlintas tak yang dia ni dahla artis, income memang toksah cakap la kan kalau yang famous tapi kenapa nak jugak meniaga? Sebab diorang yang artis pon tahu yang kos sara hidup sekarang dah makin hari makin meningkat. Tidak akan cukup kalau bergantung dengan 1 income sahaja.

Why?? kenapa kita yang dah memang income cukup-cukup makan ni tak nak amek peluang?? Sayangnya... Ok, saya tak nak bebel banyak-banyak sebab saya yakin anda semua lagi pandai dari saya untuk menilai. Saya cuma nak bantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan business online yang bermodal kecil. Peluang sentiasa bersama dengan orang yang selalu mencari peluang! mulakan business online anda walaupun dengan modal yang kecil.

Peluang juga bagi mereka yang inginkan income pertama pada 11/1/2015 sebanyak RM4500! Sila lah ambil peluang secepat mungkin. Kami telah merasa dan sekarang giliran anda pula untuk merasa.
Bayangkan bulan dec ni dah berhabis duit beli barang sekolah anak-anak, daftar sekolah, tuisyen dan macam-macam dan bulan jan nak tunggu gaji masuk 25hb sure nak makan pon susah sebab duit gaji dec dah habis untuk belanja anak-anak. so, kalau dapat RM4500 on 11/1/2015 boleh buat back up at least ada la sikit duit dalam tangan untuk beli barang dapur pulak kan.. Buat keputusan sekarang ok sebab ini last bulan rebate dan jika anda memilih untuk memulakan pada bulan hadapan, first income anda cumalah RM2900. banyak kan beza (T________T)

Ini saja yang shanizan nak share dengan semua. jom berjaya sama-sama2!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah Al-Baqarah:216

Hubungi saya sekarang.
Business Online Bermodal Kecil

Lots of Love,
Tengku Shanizan
tengku.shanizan@gmail.com
011 39103230



Tuesday, 4 November 2014

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa

Assalamualaikum....

Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya.Secara asasnya terdapat 10 sebab mengapa anda tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.

#1 – Anda Fikir Ianya Mustahil Untuk Dicapai

Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Ini merupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:
 “Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan, kau umpama angan-angan Mat Jenin…”
 Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala ramai manusia. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.
Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:
“Ianya mustahil untuk dicapai.”
Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.

#2 – Anda Tidak Mempunyai Perancangan

Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.
Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.
Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?
Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan realistik untuk dicapai.
Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!

#3 – Tidak Nampak Apa yang Diimpikan

Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.
Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya.
Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apa kerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untuk mencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.

#4 – Tidak Bayar Diri Sendiri Dahulu

Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untuk membayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.
Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.
Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda boleh sertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.

#5 – Ego Terima Nasihat Orang Lain

Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain.
Pastikan anda hanya menerima nasihat dari orang yang betul-betul terbukti berjaya, bebas dari masalah kewangan dan masa. Pilihan menerima nasihat dari individu yang tepat merupakan intipati paling pantas untuk berjaya dan kaya.

#6 – Tidak Mencipta Pemikiran Orang Berjaya

“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”
Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda. Siapakah mentor kebebasan kewangan dan masa anda?
Tiru gaya pemikiran mentor ini dengan lebih dekat. Beli buku penulisan mereka, hadir seminar atau kursus-kursus anjuran mereka dan jika nak lagi best ajak mereka minum bersama anda.

#7 – Diselubungi Aura Negatif Sepanjang Masa

Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.

#8 – Tidak Kekalkan Momentum Tindakan

“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”
Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapi segala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.

#9 – Takut Untuk Berkorban

Ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demi mencapai impian kebebasan kewangan dan masa.
Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentuk ilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untuk bertindak ke arah sasaran perancangan anda.

#10 – Tidak Bersyukur

Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini – dalam kata lain “hati kering”.
Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.

by DR AZIZAN OSMAN

Thursday, 10 January 2013

Jutawan Internet Dengan Premium Beautiful


Tidak perlu menjadi orang IT untuk menjadi jutawan internet bersama kami, cukup dengan menggunakan laman sosial pada masa kini kita mampu untuk menjadi jutawan..

Kenapa mesti kita memilih untuk hidup didalam kesempitan wang jika kita boleh berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita dan keluarga, kita mampu untuk sediakan simpanan untuk masa depan anak-anak yang sedang membesar, dan memberi kesenangan untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Insha-Allah.

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor yang boleh membimbing anda kearah Jutawan! Be in a Right Group. Kita akan melangkah sama-sama menuju kejayaan dan awak tidak akan ditinggalkan keseorangan.

"Bermula Di Sini, Segalanya Di Hujung Jari Anda"

sha / 013-2101032 / 017-2809304 *call/sms/whatsapp
tengku.shanizan@gmail.com