Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya

Assalamualaikum...

Shanizan nak share pasal ciri-ciri orang yang berjaya. Ramai orang yang nak berjaya kan? Kalau kita tanya pon orang sekeliling kita, boleh dikatakan semua orang nak berjaya. Siapa yang taknak berjaya? Takkan ada orang yang kata taknak berjaya. Semua orang mengimpikan kejayaan tu termasuklah shanizan sendiri, tapi tahukah anda ciri-ciri orang yang berjaya dan apa yang mereka lakukan?

Sebenarnya untuk mencapai kejayaan ni bukannya susah, kita cuma perlu ada ciri-ciri dan usaha macam orang berjaya ni ada.. Ok, shanizan akan terangkan 7 ciri-ciri orang yang berjaya ni untuk pengetahuan semua dan sebagai contoh la untuk kita berjaya.




1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk melakukannya. Anda jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda kena buktikan pada mereka yang memandang rendah pada anda tu yang anda mampu melakukanya dan anda pasti anda boleh berjaya.




2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa bijak mencari peluang yang ada. Contohnya macam ni: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya berkaki ayam atau tak pakai selipar la senang cakap. Bagi anda yang negatif, mesti anda takkan nak dan takkan jual selipar dekat situ sebab bagi anda dah tentu la orang takkan beli sebab semua pon tak pakai selipar kan. Tapi, bagi orang yang positif pula, anda akan nampak ini merupakan satu peluang besar dan tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar mereka cara-cara menggunakan selipar tu dan menerangkan pada mereka sebab dan pentingnya mengapa mereka perlu pakai selipar tu. Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan sentiasa nampak peluang yang ada.




3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan yang anda inginkan. Ciri-ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal erti puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi dan terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tak kenal erti penat dan tidak pernah mengaku kalah. Jangan cepat menyerah bila sekali anda berusaha, dan ia tidak mendatangkan hasil tetapi teruskan usaha sehingga anda dapat apa yang anda inginkan.




4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan tu adalah lumrah. Anda kena ingat yang kegagalan ini adalah dugaan Tuhan kepada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan itu dengan hati yang terbuka dan belajarlah dari kegagalan tersebut. Anda kena sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala ujian dan dugaan. Berani mengaku kesalahan dan berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap baik untuk anda jika anda inginkan kejayaan.




5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan diatas, jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk anda mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berusahalah untuk memperbaikinya. Jika anda gagal, renung kedalam diri anda dan tanya di mana silap anda sehingga anda tidak dapat mencapai kejayaan. Inilah satu-satunya cara untuk anda maju dan berjaya.




6. Menilai Dahulu Apa Kata Orang

Dalam anda berusaha untuk megejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata mengenai diri anda dan usaha anda. Itu juga hanyalah perkara biasa dan pernah dilalui oleh mereka yang dah berjaya. Tetapi janganlah anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap apa yang mereka katakan kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha yang anda lakukan mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan anda.




7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam perjalanan anda untuk mengejar cita-cita. Jangan pernah kenal dengan putus asa dan jangan takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan tempuhinya dengan kekuatan. Simpan dalam diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Sentiasa belajar dari kesilapan. Universiti yang tak akan pernah ada dalam dunia ni ialah "Universiti Pengalaman".




Jadi, sekarang faham tak macam mana ciri-ciri orang yang berjaya ni? Selamat berusaha untuk anda semua yang nak berjaya. Lakukanlah sesuatu daripada anda tidak melakukan apa-apa kerana kejayaan itu bermula dengan diri sendiri. Takkan ada orang yang boleh berjaya tampa berbuat apa-apa.. Semoga berjaya sampai kepuncak jaya.. insha Allah...






Love,
Tengku Shanizan
Top Agent Malaysia
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com





Saturday, 15 November 2014

5 Tips Berjimat

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak bagi 5 tips nak berjimat untuk kaki-kaki shopping ni. Belanja sakan ni biasanya akan dikaitkan dengan wanita/perempuan la kan. Tak pelik langsung kalau kita dengar perempuan pergi shopping complex, dan balik dengan sekurang-kurangnya satu barang dan selalunya barang tu lebih kepada kemahuan dan bukan la keperluan sebenarnya.




Bila dah shopping sakan, mulalah duit simpanan terguna, dah guna duit simpanan kad kredit pon mula la swap sesuka hati kan dan kadang sanggup berjimat tak makan hanya nak puaskan nafsu membeli. Tabiat gila shopping ni kadang boleh mengundang pada pembaziran kalau kita tak pandai nak kawal jadi apa kata kita guna cara psikologi untuk melawan nafsu beli belah. Jom saya kongsikan tips supaya kita boleh bantu menyekat nafsu berbelanja yang kadang tak terkawal tu..


#1 Pakai Kasut Tinggi Ketika Shopping
Ini Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika perempuan keluar shopping dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih cenderung membeli barangan yang jauh lebih jimat dan murah. kenapa? ni sebab fikiran mereka masa shopping tu dah terganggu.. (mungkin sebab tak selesa)


#2 Fikir Sekejap
Cuba kita ambil masa sikit untuk kita fikir sama ada kita perlu beli atau tak sebelum kita bayar barang tu. fikir balik sama ada barang tu adalah kehendak kita semata-mata atau keperluan kita. Boleh je beli kalau kita dah memang pasti yang ianya adalah satu keperluan untuk kita dan kita memang mampu untuk membelinya.
Tapi kita kena ingat, baik kita ukur baju dibadan sendiri. (jangan nak ukur baju kat badan orang lain pula sebab tak sama size)


#3 Hadkan Bilangan Persinggahan Ke Kedai-Kedai
Secara psikologinya, lebih banyak kita singgah kat butik atau kedai-kedai, lagi banyak la kita kan membeli. Mungkin kita fikir yang kita boleh membuat perbandingan harga, tapi sebenarnya lebih banyak kita berjalan dan usaha sampai ke sesuatu butik atau kedai tersebut, lagi kita akan rasa kita berhak beri ganjaran keatas usaha kita untuk sampai kesitu. (dah penat-penat pusing takkan la taknak beli pulak kan..konon nak reward diri sendiri la)


#4 Abaikan Jurujual
Lagi banyak kita berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko untuk kita menghabiskan duit kat situ. kenapa? bukan la saja-saja kita nak sombong ke apa tapi bila dah terlalu banyak berinteraksi mesti la kita taknak hampakan atau kecewakan jurujual tu kan sebab dah terangkan macam-macam kat kita. Sebaiknya, kalau kita dah betul-betul yakin yang kita memang nak membeli atas dasar keperluan tu boleh la dapatkan bantuan dari jurujual atau promoter tu.. (tapi jangan pula kita buat muka cari gaduh pula sebab kononnya sebab taknak berinteraksi dengan diorang)


#5 Tinggalkan Kad Kredit Dirumah
Kaedah ni bukan je dapat mengurangkan hutang, tapi boleh menyelamatkan kita dari terus membeli barang-barang yang kita tak perlukan. Perempuan ni kadang mudah sangat berbelanja kalau ada kad kredit sebab jumlah duit yang dibelanjakan tu memang tak nampak secara zahir.


Itulah dia 5 tips berjimat dari saya.. Memang pada kita nampak benda tu simple sangat tapi percayalah yang psikologi kita mampu bantu kita kawal cara berbelanja kita kalau kita tahu macam mana nak kawal.. Jadi selamat mencuba!

Sunday, 20 January 2013

PREMIUM BEAUTIFUL VS BENGKUNG TRADISIONAL

                                                         Hello peeps... =)
   Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan memang digalakkan untuk memakai bengkung tradisional. Ia telah menjadi amalan sejak turun temurun...
   Sha ada kakak yang baru lepas melahirkan dan dia juga tidak terkecuali untuk dikenakan perintah berbengkung ini.. Tapi setiap hari Sha mendengar tentang rungutan dia mengenai kesukaran untuk memakai bengkung tradisional ni. Dan alangkah baiknya kan jika ada sejenis bengkung yang dapat mengatasi segala rungutan mereka.. Dan setelah mencari, akhirnya Sha bertemu dengan produk yang dapat mengatasi masalah ini.. Setelah dibuat research, Sha dapat membandingkan rungutan para pengguna bengkung tradisional dan bagaimana set korset Premium Beautiful dapat membantu mengatasinya.

Rungutan 1,
     Si pemakai berasa tidak selesa. Ramai yang memakai bengkung tradisional merasakan mereka terpaksa melalui tempoh yang amat memeritkan. Biasanya bengkung tradisional diperbuat daripada material yang kasar. Pergerakan mereka akan terbatas kerana material bengkung tradisional tidak boleh 'strech' yang diistilahkan sebagai 'berjalan macam robot'.

Premium Beautiful
     Boleh ditarik ke serata arah.. Material Premium Beautiful adalah daripada fabrik Akwatek & Akwadyne. Same fabric yang digunakan untuk membuat baju penyelam (diver). Ringan, lembut dan flexible. Secara semulajadi akan menyejukkan badan ketika cuaca panas, dan memanaskan badan ketika cuaca sejuk. Mampu menyerap peluh, haba, bau badan, tidak merosakkan kulit, membolehkan kulit bernafas, so tidak akan rimas & rasa 'terperangkap' ketika memakainya.

Rungutan 2,
     Terpaksa mengambil masa yang lama untuk memakainya. Kaedah pemakaian bengkung tradisional memerlukan lilitan yang khusus.

Premium Beautiful
Sarung, klip dan siap. Pemakaian korset premium Beautiful amat mudah. Korset dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu brassiere, girdle dan waist nipper. Cara pemakaian cuma perlu menyarungkan brassiere dan girdle, seterusnya klipkan waist nipper. Ianya amat mudah sekali kan..=)



                            Bengkung Tradisional                                                      Premium Beautiful

Rungutan 3,
     Kurang 'hygience'. Biasanya bagi pemakai bengkung tradisional tidak boleh menanggalkan bengkung dalam tempoh masa yang tertentu. Oleh kerana memakai semula mengambil masa, maka si pemakai tidak membukanya apabila mahu ke bilik air. Adakah kita boleh menjaga  kebersihan?    

Premium Beautiful
     Sangat mudah bagi pemakai memakai dan menanggalkan korset Premium Beautiful. Disebabkan mudah memakai dan menanggalkan korset Premium Beautiful ini, pemakai tidak perlu risau untuk ke tandas pada bila-bila masa.Maka pilihlah Premium Beautiful untuk keselesaan dan menjamin kesihatan anda. Jadi tukarlah bengkung tradisional anda kepada korset Premium Beautiful sekarang. =)

                                                    Premium Beautiful Corset


Untuk info lebih lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Premium Beautiful korset dan lain-lain kebaikannya boleh hubungi Sha.. Thanks =)


Tengku Shanizan / 013-2101032 / 017- 2809304 *call atau sms/ tengku.shanizan@gmail.com

Thursday, 17 January 2013

BACKPAIN?


Hello peeps..

Ramai wanita sekarang sudah tahu tentang kebaikan PREMIUM BEAUTIFUL CORSET tp ada jugak yg masih tak tahu untuk apa sebenarnya premium beautiful ni... Sebenarnya mind set org kita ni bila sebut je pasal Corset smua akan cakap yg corset untuk orang yang nak kurus je TAPI sebenarnya tidak dengan PREMIUM BEAUTIFUL CORSET ni kita untung kerana dia dicipta untuk kecantikan dan kesihatan (2 in 1) 70% for healthy and 30% for beauty BONUS tak bagi sesiapa yang memakai? Kan..tau pon bonus kan..hehe takpe jangan menyesal dulu sebab masih belum terlambat nak dapat bonus nye tu.. =)
Ok la, taknak cerita banyak sebab hari ni nak tunjukkan testimoni untuk backpain ni tengok tajuk pon da tau kan..Ok ni cerita betul tau dari kawan Sha sendiri, Kak Intan namanya.. Sha copy paste dari blog dia jela ye... p/s: credit to Kak Intan =)

My True Story : Backpain



My story is real. It is about me battling with my backpain since 2008. It all started when i accidentally fell down at the stairs of my house while carrying my 2nd child who was 8 months old at that time. Mother's instinct to protect my baby, i chose to fell sitting down in full force, landing on my butt with my entire weight of 62kg + 7kg. The pain? I was in daze for a few second. Tomorrow morning i went to the hospital and he doctor gave me a jab to ease the pain. I was advised to undergo x-ray procedure but i ignored it. Since then the pain would come off and on. But it got worse. 

In 2010, 2 years after i fell i was about to lift up my 2nd child who was crying at that time and suddenly my back just snapped and my, the PAIN!!! I cant move. I just lie down and cry because the pain was so excruciating that i didnt even have the energy to call out my husband! Eventually we went to the hospital, again - i was given a jab and 3 days MC for bed rest. And i was supposed to go for a family holiday in Hong Kong in 2 days time. Sooo, we just went for the holiday.. 


Kudos to KLIA n MAS who provided temporary wheelchair to assist me. Since walking slowwwwwwly hurts like hell.
Very pale me, even sitting down hurts. 


Sightseeing in Hong Kong using a tongkat to ease the pressure at my back when walking.

Me with the tongkat


Luckily the hotel in HK provided a wheelchair FOC for 4 days when we were there!
My dear hubby with his OKU wife


Having fun with my girls in Hong Kong Disneyland.

Hello!

But that was in 2010. after that I suffered 2 more years with series of similar events until when a friend updated her FB status saying that Premium Beautiful corset do heal backpain with its FIR technology. So i decided to contact her and the rest is history. After mere 2 months of wearing PB i am now free of the pain. 


The best part, i now enjoy what i love most - holidaying, yeah!

Early 2012 : Holiday in Mabul. Actvities including snorkerling and diving .

Ok, dah tamat pon ceritanya..hehe macam mana semua? Tugas Sha hanyalah share je dan terpulangla kepada diri masing-masing ok.. Tiada paksaan untuk PREMIUM BEAUTIFUL CORSET product ni tau.. Nanti Sha share untuk testimoni lain pula ye.. thanks 

But if you want to know more about this amazing product do contact me ya. 013-2101032 or 017-2809304 (call/sms) or drop me a mail to tengku.shanizan@gmail.com