Thursday, 20 November 2014

Pencen Muda?

Assalamualaikum...
Boleh ke kita kalau nak pencen muda?Mampu ke nak servive kalau muda-muda lagi dah nak pencen? Nanti dah tua nak dapat duit dari mana kalau pencen dah takde?...Sekarang ni cuba masa bangun tidur tu kita fikir kejap, seronok ke aku kalau hari-hari nak kena buat kerja yang sama? Yela, dah nama pon kerja kan..kita suka ke tak suka ke kita kena buat jugak sebab cukup bulan nak ambil gaji ni.. siapa nak bagi duit kan kalau tak kerja. kena marah ngan orang atasan tu toksah kira la kan, nak kena redah jem hari-hari? nama jer kerja 9 hingga 5, 8 jam sehari tapi pernah kira tak masa yang kena guna untuk bersiap, redah jem pepagi buta, redah jem lagi nak balik kerja dah memalam buta tu kadang sampai 12 jam tau! tu tak termasuk lagi kadang hari minggu pon nak kena hadap pergi kerja sebab nak kena kejar deadline.. (T-T) sadis tak?

Bab kerja pula, tak kira la kita kerja kat syarikat swasta ke, kerajaan ke, apa yang saya nampak adalah semua task perlu disiapkan dengan cepat dan tepat. Personally, bagi saya bukan semua orang boleh lakukan kerja dengan dengan cepat, dan tepat pula tu kan..  Especially apabila dah pangkat bos-bos .. amboihhh tahulah pangkat bos kan, kalau boleh kerja hari ni terus nak harini, lagi parah kalau nak sekarang! haru biru hidup... dannnn kalau task tu sikit takpe la kan, ni menggunung kadang sampai terpaksa stay selagi tak siap... Itulah realiti kehidupan kita hari ni dan yang kena banyak bersabar ialah pekerja bawahan la kan... Dah balik rumah penat-penat nak kena uruskan anak lagi, suami lagi, sampai kadang-kadang emosi kita pon tak stabil.. pantang ada yag silap sikit, nak marah jer.. kalau ngan husband pula boleh sampai gaduh! huh tak suka betul!




Dan disebabkan perkara diatas ni dan macam-macam lagi saya fikir saya nak kena pencen muda dan saya ambil langkah drastik nak cuba nasib berniaga sendiri untuk bertapak sebelum berhenti.. (dalam hati dah tekad yang lepas ni no more boss!!) Dah buat keputusan untuk berniaga tu, tercari-cari la peluang perniagaan secara online di internet sebab saya nak perniagaan yang simple, tak suka remeh2 nak kena set up tempat bagai sampai la saya jumpa blog Kak Salha Mohd Zain ni yang betul-betul membuka mata saya untuk teruskan niat saya untuk berniaga dan saya terus on jer jumpa dia. Alhamdulillah sebab Kak Salha sanggup jadi mentor saya dan mengajar saya cara-cara berniaga secara online ni.

Masa awal-awal start business ni, apa yang saya tahu saya just nak buat side income je. Dapat lepas belanja bulan-bulan dengan dapat bagi mak ayah sikit dah ok dah..Lepas tu fikir nak pencen muda sebab kalau boleh taknak kerja sampai tua. Sebelum ada anak ni nak kena ada saving sebab taknak nanti dah ada anak pon still duit tak cukup je. Tambah sekarang semua benda pon dah naik harga. insentif pelancongan semua tu bagi saya tak perlu pun sebab membazir jer kan. Walau pon saya suka melancong tapi terpaksa la buat-buat tak suka sebab nak sedapkan hati sendiri. Yalah kan, melancong kan nak kena guna duit, bukan sikit tau kalau nak melancong ni. Sebab itu la terus cakap tak perlu melancong tu tapi sebenarnya kami di TLC ni sangat bernasib baik sebab dalam business ni melancong adalah PERCUMA!! (satu bonus la kan untuk kami) kalau tak memang takde lah saya nak melancong bagai..

Tapi, sebelum dapat pencen muda tu nak kena sabar la sikit.. Nak kena bina dulu perniagaan sampai dah betul-betul kukuh untuk kita pencen. Bisnes ni juga banyak ajar saya bersabar sebenarnya.. Truthfully, dalam bisnes ni, atau dalam bisnes apa sekalipun, sabar tu amatlah penting. Bukan lah takde halangan atau ujian langsung bila mula-mula nak buat business ni tapi kita kena la bersabar dan yang penting kena kuat la kalau nak berjaya. You have to be patient to get what you want. Sama la kalau macam kita jaga budak kan. nak kena sabar dalam semua aspek kadang-kadang menangis la, nak macam-macam, buang air merata la, dan budak-budak ni biasa akan nangis untuk bagitahu apa yang diorang nak. Jadi, takkan la kita sebagai orang biasa nak marah kan? Jadi kena sabar la.. Sama la juga dalam kita nak capai sesuatu kejayaan tu. kita kena sabar. Bagi saya kena sabar tahap gaban la.hati kita kena kental/kebal (muka cute takpe).. Dan itulah cabaran paling besar bagi orang macam saya, to be patient!

Sekarang adalah masa untuk saya belajar untuk improve myself. Let down my ego and relearn. Belajar untuk mengaut segala ilmu dengan mentor utnuk improve kan diri sendiri. Sebab tu saya selalu pesan dengan client-client saya kalau betul-betul nak mlakan perniagaan ni, mulalah dari sekarang. kenapa?? Sebab kita takkan tahu bila kita akan capai kejayaan kita kan.. Kita kena buat kerja kita dan biar Allah S.W.T buat kerja Dia. Kita usaha dan yang lain serah kepada Allah S.W.T. Cuba bayangkan kalau umur you dah 30 tahun dan target you nak jadi jutawan dan pencen dalam 35 tahun, jadi you cuma ada masa 5 tahun dan kalau you tak mulakan sekarang? Kalau you dah 35 tahun baru you nak mulakan, dan katakanlah you ambil masa 10 tahun baru berjaya, umur 45 tahun baru la you achieve..So, makin drag and drag. Kenapa nak start lambat kalau kita boleh mula sekarang?Mula sekarang kalau nak pencen muda..

Kalau you masih muda, memang lagi satu bonus. Cuba bayangkan start business umur 24 tahun, by 27 dah ada saving mantap, kita pon dah boleh rasa secured dengan life kita. Personally, saya bersyukur dapat mula berbusiness dalam umur yang masih muda. dan saya yakin kalau mereka yang mula lambat tu boleh putar balik masa, memang diorang akan start business ini di waktu muda mereka. Pencen muda, kaya and bergaya. Oh, sesiapa pon akan suka.

But then, perancangan Allah S.W.T. itu sentiasa yang terbaik untuk kita. Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T. jua yang menentukannya. So, apa-apa pun kita mulakan langkah kita dahulu, bersabar, teruskan usaha, and selebihnya, serahkan kepada Allah S.W.T.


Selamat Berjaya Dan Selamat Pencen Muda.


love,
Tengku Shanizan
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com

Saturday, 15 November 2014

5 Tips Berjimat

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak bagi 5 tips nak berjimat untuk kaki-kaki shopping ni. Belanja sakan ni biasanya akan dikaitkan dengan wanita/perempuan la kan. Tak pelik langsung kalau kita dengar perempuan pergi shopping complex, dan balik dengan sekurang-kurangnya satu barang dan selalunya barang tu lebih kepada kemahuan dan bukan la keperluan sebenarnya.




Bila dah shopping sakan, mulalah duit simpanan terguna, dah guna duit simpanan kad kredit pon mula la swap sesuka hati kan dan kadang sanggup berjimat tak makan hanya nak puaskan nafsu membeli. Tabiat gila shopping ni kadang boleh mengundang pada pembaziran kalau kita tak pandai nak kawal jadi apa kata kita guna cara psikologi untuk melawan nafsu beli belah. Jom saya kongsikan tips supaya kita boleh bantu menyekat nafsu berbelanja yang kadang tak terkawal tu..


#1 Pakai Kasut Tinggi Ketika Shopping
Ini Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika perempuan keluar shopping dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih cenderung membeli barangan yang jauh lebih jimat dan murah. kenapa? ni sebab fikiran mereka masa shopping tu dah terganggu.. (mungkin sebab tak selesa)


#2 Fikir Sekejap
Cuba kita ambil masa sikit untuk kita fikir sama ada kita perlu beli atau tak sebelum kita bayar barang tu. fikir balik sama ada barang tu adalah kehendak kita semata-mata atau keperluan kita. Boleh je beli kalau kita dah memang pasti yang ianya adalah satu keperluan untuk kita dan kita memang mampu untuk membelinya.
Tapi kita kena ingat, baik kita ukur baju dibadan sendiri. (jangan nak ukur baju kat badan orang lain pula sebab tak sama size)


#3 Hadkan Bilangan Persinggahan Ke Kedai-Kedai
Secara psikologinya, lebih banyak kita singgah kat butik atau kedai-kedai, lagi banyak la kita kan membeli. Mungkin kita fikir yang kita boleh membuat perbandingan harga, tapi sebenarnya lebih banyak kita berjalan dan usaha sampai ke sesuatu butik atau kedai tersebut, lagi kita akan rasa kita berhak beri ganjaran keatas usaha kita untuk sampai kesitu. (dah penat-penat pusing takkan la taknak beli pulak kan..konon nak reward diri sendiri la)


#4 Abaikan Jurujual
Lagi banyak kita berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko untuk kita menghabiskan duit kat situ. kenapa? bukan la saja-saja kita nak sombong ke apa tapi bila dah terlalu banyak berinteraksi mesti la kita taknak hampakan atau kecewakan jurujual tu kan sebab dah terangkan macam-macam kat kita. Sebaiknya, kalau kita dah betul-betul yakin yang kita memang nak membeli atas dasar keperluan tu boleh la dapatkan bantuan dari jurujual atau promoter tu.. (tapi jangan pula kita buat muka cari gaduh pula sebab kononnya sebab taknak berinteraksi dengan diorang)


#5 Tinggalkan Kad Kredit Dirumah
Kaedah ni bukan je dapat mengurangkan hutang, tapi boleh menyelamatkan kita dari terus membeli barang-barang yang kita tak perlukan. Perempuan ni kadang mudah sangat berbelanja kalau ada kad kredit sebab jumlah duit yang dibelanjakan tu memang tak nampak secara zahir.


Itulah dia 5 tips berjimat dari saya.. Memang pada kita nampak benda tu simple sangat tapi percayalah yang psikologi kita mampu bantu kita kawal cara berbelanja kita kalau kita tahu macam mana nak kawal.. Jadi selamat mencuba!

Tuesday, 4 November 2014

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Masa

Assalamualaikum....

Semua orang impikan kebebasan dari beban kewangan dan masa, tapi malangnya hampir kesemua orang ini gagal kecapinya.Secara asasnya terdapat 10 sebab mengapa anda tidak berjaya kecapi kebebasan kewangan dan masa ini.

#1 – Anda Fikir Ianya Mustahil Untuk Dicapai

Alangkah indahnya jika hidup kita bebas dari memikirkan masalah kewangan, bebas untuk melancong ke mana sahaja tanpa henti, berbelanja apa sahaja yang kita idamkan tanpa rasa bersalah untuk memilikinya. Ini merupakan impian kehidupan semua manusia, tetapi berapa ramai yang berjaya mencapai tahap kehidupan ini? Secara realitinya, ramai yang gagal kerana di dalam diri mereka sering terucap satu perenggan ayat:
 “Berhenti mimpi di siang hari! Kau takkan dapat semua yang kau idamkan, kau umpama angan-angan Mat Jenin…”
 Ayat inilah yang sering didengari di dalam kepala ramai manusia. Kadang kala ia tidak berbunyi di dalam kepala, ia berbunyi melalui sindiran percakapan oleh ahli keluarga, rakan dan orang sekeliling.
Apabila ayat ini diulang beribu kali tanpa henti, secara tidak langsung ianya akan menjadi kepercayaan yang abadi di dalam diri yang membawa kepada satu ayat baru iaitu:
“Ianya mustahil untuk dicapai.”
Kepercayaan karut inilah punca yang menghalang kita untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Disebabkan terlalu percaya kepercayaan karut ini, kita mula bertindak sambil lewa, malas mencari ilmu yang boleh membawa kebebasan kewangan, tak nak berjumpa dengan orang terbukti berjaya untuk meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi kaya dan berjaya. Senang cerita, kita akan cuba mencari pelbagai alasan karut kerana kita percaya bahawa kebebasan kewangan dan masa itu ‘Ianya mustahil untuk dicapai’.

#2 – Anda Tidak Mempunyai Perancangan

Jangan asyik membazir air liur dengan mengatakan “Suatu hari, aku akan bebas dari masalah kewangan dan masa”, pastikan anda mempunyai perancangan yang khusus untuk mencapainya.
Keinginan kuat sahaja tidak mencukupi jika ianya tidak digandingkan dengan pelan pelaksanaan dan strategi untuknya. Tiada gandingan kedua-dua ini akan membawa anda kembali semula ke alam angan-angan Mat Jenin.
Apakah perancangan anda dalam masa setahun? 3 tahun? 5 tahun? Strategi dan pelan pelaksanaan apa yang akan anda gunakan bagi mencapai segala perancangan ini?
Mencabar tak soalan ini? Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah mencari sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian tuliskan jawapan bagi kedua-dua soalan ini secara ringkas terdahulu. Selesai baca keseluruhan artikel ini, baca kembali jawapan anda dan tulis semula sehingga ia menjadi satu perancangan yang terperinci dan realistik untuk dicapai.
Bertindak sekarang! Jangan berlengah-lengah!

#3 – Tidak Nampak Apa yang Diimpikan

Salah satu rahsia kenapa orang berjaya terus berjaya dan berjaya lagi ialah mereka nampak apa yang mereka inginkan.
Papan visi (vision board) merupakan antara formula rahsia yang dapat membantu anda merealisasikan impian bebas masalah kewangan dan masa. Tulis segala impian dan matlamat anda di atas papan visi ini. Kalau boleh sertakan gambar-gambar yang boleh mencetuskan perasaan geram atau tak sabar untuk memilikinya.
Pastikan letak papan visi ini di tempat yang paling senang dilihat oleh mata anda. Sebelum melakukan apa-apa kerja, anda dicadangkan untuk melihat papan visi ini terdahulu. Lihat dengan semangat tinggi untuk mencapainya. Kajian menunjukkan papan visi mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut ‘mustahil’ secara separa sedar.

#4 – Tidak Bayar Diri Sendiri Dahulu

Jangan jadi seperti orang lain, terima gaji sahaja terus habis bayar hutang dahulu. Beri keutamaan untuk membayar diri sendiri dahulu sebelum bayar benda lain.
Apa yang dimaksudkan dengan membayar diri sendiri dahulu? Membayar diri sendiri dahulu bermaksud setiap kali anda mendapat gaji tetap atau apa-apa jenis pendapatan sampingan, cepat-cepat asingkan 10% dari wang yang anda miliki ke tempat lain. Dicadangkan agar anda membuka satu akaun bank khas untuknya. Jika malas sangat, buat sahaja satu tabung bekas plastik.
Wang 10% ini anda boleh gunakan untuk menaik taraf (upgrade) diri sendiri melalui carian ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kebebasan kewangan dan masa. Jika mempunyai simpanan yang banyak, anda boleh sertai seminar-seminar yang menawarkan jalan penyelesaian kewangan dan masa. Bila sudah memiliki ilmu, wang 10% ini juga boleh digunakan untuk melabur dalam emas, saham dan hartanah.

#5 – Ego Terima Nasihat Orang Lain

Buangkan ego anda jauh-jauh ke dalam laut. Anda kena akui bahawa anda masih kekurangan ilmu untuk bebas dari masalah kewangan dan masa. Sudah tiba masanya untuk anda bertanya dan menerima nasihat dari orang lain.
Pastikan anda hanya menerima nasihat dari orang yang betul-betul terbukti berjaya, bebas dari masalah kewangan dan masa. Pilihan menerima nasihat dari individu yang tepat merupakan intipati paling pantas untuk berjaya dan kaya.

#6 – Tidak Mencipta Pemikiran Orang Berjaya

“Untuk berjaya anda mesti tiru orang dah berjaya dan anda pasti terpaksa berjaya!”
Di dalam negara Malaysia, terdapat beribu mentor yang terbukti berjaya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih salah satu darinya. Pilih mentor yang bersesuaian dengan matlamat hidup anda, sebagai contoh, jika anda ingin berjaya menjadi seorang tukang masak ternama, pilih mentor Dato Chef Wan antara orang yang sesuai membimbing anda. Siapakah mentor kebebasan kewangan dan masa anda?
Tiru gaya pemikiran mentor ini dengan lebih dekat. Beli buku penulisan mereka, hadir seminar atau kursus-kursus anjuran mereka dan jika nak lagi best ajak mereka minum bersama anda.

#7 – Diselubungi Aura Negatif Sepanjang Masa

Anda tidak akan berjaya jika diri anda asyik diselubungi aura negatif. Hanya dalam keadaan positif sahaja anda mampu berfikir secara kreatif yang boleh membawa kepada kejayaan hidup.

#8 – Tidak Kekalkan Momentum Tindakan

“Orang berjaya akan mulakan sesuatu sehingga ianya habis berjaya.”
Jangan berhenti di separuh jalan, kekal momentum tindakan, kuatkan semangat dan cekalkan hati bagi menghadapi segala rupa cabaran yang bakal menjelma. Cabaran ini hanyalah bersifat sementara, manakala kejayaan akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan tanpa henti.

#9 – Takut Untuk Berkorban

Ini kisah sejauh mana anda sanggup berkorban demi mencapai impian kebebasan kewangan dan masa.
Anda mesti bersedia masa untuk cari ilmu, luangkan masa membaca buku atau bahan bacaan lain yang berbentuk ilmiah. Jangan bazirkan masa dengan aktiviti yang tidak membawa apa-apa manfaat diri. Siap sedia untuk bertindak ke arah sasaran perancangan anda.

#10 – Tidak Bersyukur

Orang yang tidak bersyukur umpama orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan untuk hidup di dunia ini – dalam kata lain “hati kering”.
Kenal pasti kekayaan dan kejayaan yang anda miliki sekarang, bersyukur dengan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang bakal menjelma. Bersyukur kerana anda masih bernyawa, mempunyai keluarga yang bahagia, rakan yang setia dan lain-lain kebaikan lagi. Tiada gunanya anda mempunyai kebebasan kewangan dan masa jika anda tidak menghargai keindahan kehidupan ini.

by DR AZIZAN OSMAN