Monday, 24 November 2014

Berpantang Cara Moden

Assalamualaikum..





Aik? asal pagi-pagi ada gambar baby dah ni? Macam mana pagi isnin? Mesti la semua hebat-hebat belaka kan. Pagi ni scroll jer wall facebook shanizan tengok ramai yang tengah berpantang tu yang gambar baby first sekali. Tahniah ye semua dan selamat berpantang.. Ok la, dah alang-alang ramai yang tengah berpantang kali ni shanizan nak share pula dengan semua tentang kaedah berpantang dari zaman tok nenek kita (tradisional) dan kaedah berpantang cara moden, canggih dan semua nak ekspress ni.

Shanizan percaya perkara yang paling orang excited sekali masa pregnant ialah nak persediaan untuk barangan baby kan? Betul tak? Mesti la semua orang nak segala yang sempurna kan bila nak sambut orang baru ni. Tapi, ibu-ibu yang bakal melahirkan tu pulak jangan la lupa persediaan untuk diri sendiri masa nak berpantang nanti. Kesiankan jugak badan sendiri kerana kesan dari tempoh kehamilan selama 9 bulan tu ditambah pula dengan proses kelahiran yang stress akan mengganggu badan serta organ dalaman. Dan jangan tak percaya yang bahagian otot-otot, tulang, segala urat dan sendi semuanya akan mengembang dan membengkak kerana faktor hormon.

Seperti yang kita duk cakap kat atas ni, shanizan suka sebenarnya nak highlight pasal topik ni bukan sebab apa tau, sebab memang selalu menjadi salah satu dilema yang akan menghantui wanita-wanita yang bakal melahirkan dan yang tengah berpantang. Bayangkan perut dah mengembang almost 9 month, then how to make it back to shape? Mesti la masing-masing nak bentuk badan macam sebelum pregnant kan. Dan dilema lagi apabila nak memilih bengkung pulak, nak guna bengkung tradisional turun temurun tok nenek yang nak kena lilit-lilit dulu tu ke nak guna bengkung moden yang lebih senang yang perlu sarung jer? Hurrmm susah jugak nak decide mana satu ni nak berpantang cara moden ke tradisional..




Kalau nak diikutkan tradisi yang diturunkan dari nenek moyang kita, bengkung tradisional yang lilit-lilit tu sebenarnya nak mengelakkan kita dari jalan laju-laju dan langkah besar-besar jer. Ye la, baru lepas bersalin kan dengan luka yang tak sembuh lagi, dengan segala urat yang dah putus tu takkan nak gerak macam orang normal kan? No No No!!! Jangan buat macam tu adik kakak semua sebab memang bahaya. Nanti kalau koyak jahitan tu, nak ke merasa kena jahit lagi sekali? Jahit hidup-hidup ok, pengsan...Kalau nak jalan kena perlahan-perlahan jer, tak kisah la kalau siput pon slamber jer motong kat tepi tu kan pejamkan mata jer jangan gi kejar pulak T______T

Masa pantang pulak mesti akan terbiasa dengar kalau ada orang tua atau mak-mak kita akan cakap:

"badan tu kan nak pakai lama, kena la jaga elok-elok. Sekarang ni memang la rasa kuat, rasa takde pape, relax, steady je kan tapi nanti bila dah berumur sikit mulalah rasa sakit sana, sakit kat sini."

T______T sadis tak sadis la kan bila dah dengar ayat macam ni. Kalau masa kakak shanizan berpantang dulu memang mak yang jaga dan mak shanizan punya cara memang tradisional la. Memang banyak sangat pantang larangnya. Jalan jangan sampai kaki tersadung, jangan tidur mengiring, dan jangan macam-macam lagi tapi terpaksa ikut la kalau nak cepat baik. Tu tak termasuk lagi dengan pantang-pantang yang lain, dengan jamunya, dengan jus pati kunyitnya, mampu nak telan? hihi sabar jela kan.. Dan yang paling penting dipakaikan pula dengan bengkung yang kain nya panjang berela-ela tu..pffftt time nak pakai tu punya la seksa dia bila nak ketatkan tu. Biasanya orang pakaikan tapi kalau takde orang nak pakai kan terpaksa la ikat kat mana-mana, lepas tu pusing la kat badan ikat sendiri. Bayangkan kalau kena berpantang sendiri? Memang sangat leceh dan akan mengambil masa yang lama untuk pakai. Kadang tak sempat siap pakai, baby dah nanges nak menyusu..hehe sebab masa tu dia tak kenal Premium Beautiful korset lagi jadi terpaksa la ikut untuk kebaikan diri jugak.. 

So, back to the topic kenapa perlu kita TUKAR? Ada yang akan cakap kenapa nak tukar, guna jela bengkung tradisional kan tu tradisi turun temurun.. Ok, kalau yang cakap macam ni mungkin dia tak perasan yang dalam dunia ni terlalu banyak yang dah berubah dari zaman tok nenek kita berbanding sekarang ni. Antara benda lain yang kini dah berubah berbanding dulu shanizan taknak ambil banyak la, nak bagi 1 contoh jer, cuba kita tengok komputer. Kalau dulu kita just juga mesin taip, lepas tu berTUKAR kepada komputer atau pc kan dan sekarang, berTUKAR lagi ke laptop. Dan tak mustahil juga boleh berTUKAR lagi. Dan bagi shanizan tak salah kalau kita nak bertukar kearah yang lebih baik. Bukan nak cakap yang lama tu tak bagus, sebab kalau takde yang dulu, takkan ada la yang sekarang kan, cuma kalau yang baru boleh buat kita senang dari yang dulu apa salahnya kita TUKAR kan?




Dan, banyak lagi benda lain yang kat dunia ni dah berubah. Figure, Rupa, Function dan sebagainya dah BERUBAH, tetapi tetap dengan MATLAMAT dan KEGUNAAN tetap sama.

Macam tu jugaklah dengan Premium Beautiful aka Bengkung Moden ni. It still maintain the main purpose of Bengkung Tradisional, improvise to even better, sebab sekarang ni dah ramai orang yang cerdik pandai yang mencipta teknologi baru untuk bantu orang-orang macam kita. Sebenarnya, pakai Premium Beautiful ni boleh je combine dengan amalan berpantang cara tradisional ni cuma gantikan saja bengkung lilit-lilit tu dengan Premium Beautiful Corset, thats all la dear!

Perlu ke TUKAR? Apa yang special nya Premium Beautiful? Benefit?

- Mengeluarkan ANGIN dalam badan
- Mengecutkan dan memperkemaskan RAHIM yang mengembang ketika mengandung
- Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang ketika proses bersalin
- Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan
- Mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL_KETUL dengan lancar
- Mengeluarkan segala kotoran dan air bisa dari Rahim
- Menyokong dan menyengkak RAHIM daripada jatuh
- Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan yang seterusnya  (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
- Membantu menghilangkan STRETCHMARK akibat semasa mengandung atau menggaru kerana kegatalan.
- Menghangatkan dalaman badan
- Melancarkan proses pembuangan air besar (selalunya wanita selepas bersalin akan mengalami masalah sembelit)
- Membantu memperbanyakkan susu badan
- Menaikkan metabolisma badan dan membantu untuk mengurangkan berat badan dengan cepat
- Membentuk semula payudara, pinggul, pinggang dan postur badan
- Senang dipakai dan dibuka.. tiada masalah untuk bergerak
- Dan yang paling penting tidak menyakitkan langsung
- Wanita yang bersalin secara 'caeserian' paling digalakkan memakai Premium Beautiful korset untuk menyihatkan semula rahim dan mengelakkan daripada buncit dibawah perut (kerana tidak boleh bertungku di kawasan tersebut dan tidak boleh sengkak)

Premium Beautiful korset ni juga membantu penyebaran lemak dengan lebih sekata berbanding bengkung tradisional dan kontur badan juga lebih cantik dan curvy. Ia juga tentulah senang dipakai, lebih PRAKTIKAL, CEPAT dan tentulah MATLAMAT juga tercapai.. Jadi perlu tunggu lagi ke untuk bertukar? Pergi la tukar sekarang. Premium Beautiful Corset ini juga LIFETIME WARRANTY tau.. Boleh pakai sampai bila-bila..dah habis pantang pon still boleh pakai untuk jaga postur badan.

Bila tengok gambar pon dah nampak kan perbezaan structure dan design Premium Beautiful Corset ni berbanding dengan korset-korset diluar sana dan ianya satu-satunya korset yang SUPERBRAND. Bila sarung jer keyakinan, feel kita memang lain. Sangat meyakinkan so ibu-ibu yang bakal melahirkan dan yang sedang berpantang tu depat-cepat dapatkan set Premium Beautiful anda. Tak perlu teragak-agak lagi dah.. Ini salah seorang pengguna tegar Premium Beautiful Corset sejak anak dara, berkahwin, berpantang, dan tentulah selepas berpantang. Beliau masih berpantang secara tradisional tetapi beliau memilih untuk menggantikan bengkung tradisional kepada Premium Beautiful Corset!




Jika anda telah memilih Premium Beautiful Corset, tahniah dan hargailah dan kalau belum, anda membuat keputusan yang hebat untuk memilihnya. Jika nak dibandingkan harga dengan tawaran kelebihan Premium Beautiful Corset ni merupakan harga mampu milik. Carilah korset lain dipasaran yang menawarkan teknologi Far Infra Red (F.I.R) rays ini, ternyata hanya Premium Beautiful shaja yang memilikinya. Korset Premium Beautiful ini alah membeli menang memakai and i love my Premium Beautiful. Selamat berpantang cara moden untuk semua..




Free consultation and fitting.

Follow me on my Instagram @tengku_shanizan

Love,
Tengku Shanizan
Premium Beautiful Expert
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com

Sunday, 23 November 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Macamana aktiviti hari ni? Harap-harap dapat jadi hari yang produktif la untuk semua ye. Hari ni shanizan nak share pula pasal makanan kegemaran Rasulullah SAW dengan semua. Ok la, kat sini shanizan akan senaraikan 12 makanan kegemaran Rasulullah SAW dan juga kelebihannya.



1.Barli (جو jau)


Barli ni, kalau kita buat sup sangat bagus ketika kita demam


2.Kurma (کھجور)




Rasulullah SAW berkata rumah yang takde Kurma ni dah macam rumah yang tak mempunyai makanan. Kalau pregnant pon bagus amalkan makan kurma ni.


3.Ara (انجير)


Buah Ara atau dipanggil Buah Tin. Buah Tin ni merupakan buah dari syurga. Dan buah ni jugak buah mengubati penyakit buasir.


4.Anggur (انگور)


Rasulullah SAW amat sukakan anggur. Anggur ni pulak boleh membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)

 

Madu ni ibarat kata macam  makanan segala makanan,minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Rasullah SAW sangat suka minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ni merupakan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:



1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 

2. Mencuci perut 

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 


6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


 Segala jenis tembikai. Rasulullah SAW berkata: 'Wanita yang mengandung dan makan tembikai tidak akan gagal untuk melahirkan anak yang baik dari segi wajah dan juga baik perwatakannya.


7.susu



Rasulullah (SAW) berkata yang susu ni baik untuk membuang panas badan. Ia juga dapat menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.


8.Cendawan (کھمبي)


Cendawan ini pula penawar yang baik untuk mata dan juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran. Senang cakap macam perancang keluarga la..



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Minyak zaiton sangat baik untuk rawatan kulit dan rambut. Ia juga dapat melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


10.Delima (انار)

 

Delima pula dapat membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)


Rasulullah SAW menggunakan cuka untuk dimakan dengan minyak zaitun. Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah. 


12.Air (پاني)


Rasulullah SAW berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air.
Minuman Manis dan Sejuk 
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

 Kadang-kadang  Rasulullah SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"
dan juga,
 Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Itulah diantara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Semua yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan tentulah dari diri saya. Jika ada kesilapan boleh la tegur ye.. 

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas) 












 

Saturday, 22 November 2014

Ilmu Perniagaan Percuma di TLCC

Assalamualaikum...

Semalam kami di TLC sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengaut segala ilmu perniagaan percuma di TLCC daripada TLC Master Trainers kami.. Sebelum tu Shanizan nak rangkumkan semua ucapan terima kasih lah kepada semua mentor2 Shanizan kat TLC, CDM Abg Al-Faath dan CDM Kak Salha yang dalam berpantang pon still guide Shanizan dan barisan-barisan CDM di TLC yang tak pernah jemu2 duk canai Shanizan, duk tenyeh Shanizan supaya Shanizan berjaya dan tak lupa jugak la dengan company yang cukup hebat dan bagi kami disinilah "lubuk emas" kami yang tiap2 bulan tak pernah missed dengan bonus2 besar kami (^___^)V sangat rasa bersyukur kerana dijodohkan dengan company, mentor dan juga kumpulan yang tersangat hebat!





Inilah company hebat kami dan muka-muka usahawan di bawah naungan TLC pada Majlis Ulangtahun Ke-22 Syarikat Hai-o Marketing. Syarikat yang bertahan selama 22 tahun ni bukanlah calang-calang syarikat tau! 

Ok, sambung balik cerita ilmu perniagaan percuma di TLCC semalam. Shanizan tengahari lagi dah dapat whatsapp dari mentor pasal tajuk untuk kelas semalam, dan bayangkan ye dengar tajuk jer dah berdiri tegak bulu roma Shanizan. Cuba bayangkan lagi macam mana orang yang memang nak sangat sesuatu dan tiba-tiba orang bagitahu boleh dapat, PERCUMA pulak tu.. meroyan tak meroyan orang tu agak-agaknya? menggeletar tau tak sabar nak sampai kelas semalam!




Tengok la gambar ni meroyan tak meroyan? Balik je kerja dah tak legah-lengah lagi terus siap-siap nak pergi kelas sampai makan pon tak sempat. Janji dengan biz partner siap-siap lepas maghrib tu terus gerak jer. Walaupun jalan jem teruk semalam, tu tak buat Shanizan rasa down langsung sebab Shanizan tahu ilmu yang bakal shanizan serap kejap lagi lebih dari cabaran kecil yang Shanizan lalui. Perkara biasa kalau kita nak menuntut ilmu ni kadang-kadang datang pulak pelbagai halangan, lintasan-lintasan jahat kan tapi semua tu perkara biasa cuma kita kena kuat sikit la lawan perasaan tu. Cuba jadi degil sikit sebab degil untuk menuntut ilmu ni tak salah.. Alhamdulillah kami selamat sampai..





Ni pula masa kelas tengah hagat dengan ilmu-ilmu yang kami tak dapat kat luar sana sebab tu semua tak toleh kiri kanan dah sebab takut tertinggal point-point jutawan. Macam-macam ilmu perniagaan percuma di TLC yang kami dapat. Master Trainers yang hebat-hebat memang tak lokek ilmu langsung. Walaupun jam dah pukul 11 malam, tapi masing-masing tak berganjak dan takde sorang pon yang tinggalkan kelas sebelum kelas tamat. Walaupun Top Mentor kami CDM Kak Salha masih bercuti kerana masih dalam pantang tapi gelombang beliau, getaran beliau, semangat dan aura beliau tetap sampai pada kami. Betapa hebatnya beliau! Dan beliau merupakan idola saya dalam business ni. 

Dan majlis ilmu kami tamat dalam pukul 12 lebih. Tamat je kelas, Shanizan dan biz partner sambung dengan Ogroup sekejap dengan CDM Abg Alfaath. 




Kita menuntut ilmu sebenarnya satu jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu,para malaikat akan mengiringginya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka dan orang itu akan berjalan diatas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid! Dan juga sesngguhnya antara sifat ilmu yang berkat itu adalah didatangi dan bukan mendatangi. Majlis-majlis ilmu itu adalah taman-taman syurga. Subhanallah..Hebat tak hebat la kan orang yang rajin menuntut ilmu ni. 

Macam yang kita tahu kan, kalau kita nak berjaya, nak kaya kena la ada ilmu! Kalau nak ada ilmu pula kena la cari kan, kena la berguru orang cakap, betul tak? Zaman sekarang ni agak-agak ada lagi tak orang nak bagi kita free-free je ilmu nak buat duit? nak jadi kaya raya? kalau ada tolong bagitahu la ye Shanizan nak jumpa orangnya sebab zaman sekarang nak belajar, nak dapat ilmu, semua berbayar.. Takde yang Shanizan jumpa yang nak ajar kita buat duit free-free jer KECUALI kat kelas TLC sahaja. Master Trainers nya pulak bukan calang-calang orang pulak tu, semuanya boleh dikatankan sudah bergelar jutawan! BONUS lagi buat TLC sebab dapat kaut ilmu jutawan! Mereka mendidik, membimbing & berkongsi ilmu dengan kami semuanya PERCUMA! Tak perlu keluar duit sesen pon, cuma kena tadah jer diri dan kena sanggup la untuk belajar. Syukur alhamulillah... Shanizan bertemu jodoh dengan TLC dalam usia yang boleh dikatakan muda..




Ini lah barisan speaker hebat di TLC pada malam tu, masing-masing ada kepakaran mereka yang tersendiri.. Gabungan yang cukup hebat dan mantap. Memang tak salah lagi kalau mana-mana usahawan yang baru nak mulakan perniagaan tu memilih untuk bersama TLC kerana mentor di TLC ni sangat hebat! Gambar kata atas ni bukanlah saja-saja nak posing macam tu tapi mereka ada motif sebenarnya...haha Shanizan taknak cerita lebih tapi nak suruh masing-masing tengok sendiri mana mereka dapat inspirasi nak posing macam tu..





Yup, dari situ la inspirasinya..Ok mentor-mentor, akan ku ingat pesanan 3s tu!! Doakan Shanizan dapat siapkan cepat ye. (^______^)v Ok, lepas tu kami pon bersurai. Tamat lah sesi mengaut ilmu kami pada malam tu. Alhamdulillah selesai kaut ilmu perniagaan percuma di TLCC pada malam tu. Sebelum terlupa, Shanizan belanja lagi satu gambar. Terima kasih semua.. bye




Love,

Tengku Shanizan
Premium Beautiful Top Agent
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com



ahli ibadah tapi jahil)

Make Money at : http://bit.ly