Sunday 23 November 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Macamana aktiviti hari ni? Harap-harap dapat jadi hari yang produktif la untuk semua ye. Hari ni shanizan nak share pula pasal makanan kegemaran Rasulullah SAW dengan semua. Ok la, kat sini shanizan akan senaraikan 12 makanan kegemaran Rasulullah SAW dan juga kelebihannya.



1.Barli (جو jau)


Barli ni, kalau kita buat sup sangat bagus ketika kita demam


2.Kurma (کھجور)




Rasulullah SAW berkata rumah yang takde Kurma ni dah macam rumah yang tak mempunyai makanan. Kalau pregnant pon bagus amalkan makan kurma ni.


3.Ara (انجير)


Buah Ara atau dipanggil Buah Tin. Buah Tin ni merupakan buah dari syurga. Dan buah ni jugak buah mengubati penyakit buasir.


4.Anggur (انگور)


Rasulullah SAW amat sukakan anggur. Anggur ni pulak boleh membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)

 

Madu ni ibarat kata macam  makanan segala makanan,minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Rasullah SAW sangat suka minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ni merupakan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:



1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 

2. Mencuci perut 

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 


6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


 Segala jenis tembikai. Rasulullah SAW berkata: 'Wanita yang mengandung dan makan tembikai tidak akan gagal untuk melahirkan anak yang baik dari segi wajah dan juga baik perwatakannya.


7.susu



Rasulullah (SAW) berkata yang susu ni baik untuk membuang panas badan. Ia juga dapat menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.


8.Cendawan (کھمبي)


Cendawan ini pula penawar yang baik untuk mata dan juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran. Senang cakap macam perancang keluarga la..



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Minyak zaiton sangat baik untuk rawatan kulit dan rambut. Ia juga dapat melambatkan penuaan dan merawat radang perut.


10.Delima (انار)

 

Delima pula dapat membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)


Rasulullah SAW menggunakan cuka untuk dimakan dengan minyak zaitun. Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah. 


12.Air (پاني)


Rasulullah SAW berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air.
Minuman Manis dan Sejuk 
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

 Kadang-kadang  Rasulullah SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"
dan juga,
 Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Itulah diantara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Semua yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan tentulah dari diri saya. Jika ada kesilapan boleh la tegur ye.. 

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas) 












 

No comments :

Post a Comment

Awesome Readers