Friday 21 November 2014

Soalan Berkaitan Premium Beautiful

Assalamualaikum..

Sabda Nabi SAW,
"perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, Kerana selawat umatku dibentangkan/dipersembahkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak berselawat ke atasku, jadilah mereka orang yang paling hampir kedudukannya denganku."

Salam jumaat buat semua ye..ok, saya bahasakan nama la ye senang..sebab rasa macam tak best jer kalau duk bersaya-saya.. saya guna nama mentor saya panggil la ye.. Sebenarnya pagi ni Shanizan nak share la dengan semua beberapa soalan dan kemusykilan berkaitan dengan Premium Beautiful ni. Mungkin ramai yang dah tahu tapi Shanizan nak bagitahu lagi sekali la sebab mungkin ada yang baru je kenal dan pakai tak tahu lagi pasal Premium Beautiful ni kan..Ok, jom Shanizan nak bagi jawapan untuk soalan-soalan yang selalu ditujukan ni..

Persoalan Berkenaan Fungsi, Cara Pemakaian dan Ciri-Ciri Premium Beautiful

1) Berapa kerap sebenarnya saya boleh memakai Premium Beautiful ni?

Jawapan- Premium Beautiful ni sebenarnya sangat sesuai dipakai selama mana pon yang anda semua suka. Premium Beautiful ni sangat la SELESA dipakai dan kebanyakan orang memakainya minimum 8 jam sehari dan jangan terkejut kalau anda ada jumpa orang yang pakai sampai 12-24jam, 1 hari tetapi ianya bergantung pada kesesuaian anda.

2) Ada had umur atau jantina untuk pemakaian Premium Beautiful yang berFIR ni?

Jawapan- Tiada had umur atau jantina untuk penggunaan Premium Beautiful yang berFIR ni.Sebenarnya FIR ni amat berguna sejak anda dilahirkan sehinggalah tua. Contohnya, 
Ia terbukti berkesan kepada:
a) Baby yang baru lahir dan dibalutkan dengan Premium Beautiful terbukti dapat mencegah dan memulihkan baby tu dari penyakit kuning.
b) Pada umur pertengahan, ianya bertindak untuk pembentukan badan dan penjanaan kesihatan.
c) Peringkat umur emas >60 tahun, Premium Beautiful dapat mengurangkan sengal-sengal tulang dan kekejangan.
d) Juga sangat sesuai untuk kaum adam yang mempunyai masalah perut buncit.


3) Ada apa-apa kesan atau tidak FIR di dalam Premium Beautiful?

Jawapan- TIADA ! Tetapi ada kes pengguna yang mana kami gelarkan proses Tempoh Baik Pulih. Selagi proses pembuangan toksin dari dalam badan berlaku,setiap individu mungkin akan merasai simpton pembaikpulihan sistem badan. Ini adalah petunjuk yang yang sangat baik untuk membuktikan kehadiran FIR didalam Premium Beautiful berkesan kepada sistem badan anda. Contohnya, seorang pesakit asma telah memuntahkan lendir hijau pekat yang menyekat sistem pernafasannya pada mula dan setelah mendisiplinkan dirinya memakai Premium Beautiful, Alhamdulillah dia beransur pulih.

4) Adakah FIR dari Premium Beautiful akan mengganggu tugas-tugas jantung untuk mengepam darah?

Jawapan- Tidak sama sekali! FIR bukanlah sinaran magnetic yang membahayakan! Ia tidak akan mengganggu siatem jantung kita malahan ia membantu melancarkan proses pengepaman darah melalui jantung disebabkan pembuluh darah kita yang mengembang disebabkan oleh tindakan FIR resonan.

5) Bagaimana proses Premium Beautiful dibuat sehingga boleh menghasilkan FIR?

Jawapan- Premium Beautiful diperbuat daripada fabrik yang mengandungi serbuk Bio-Ceramik yang sangat halus dan ianya ditenun sulam sehingga menjadi benang fabrik berteknologi tinggi Akwatek dan Akwadyne dari USA yang menggunakan teknologi tinggi hasil gabungan penyelidikan global pakar saintis Amerika Syarikat, Jerman, Eropah, China, Jepun dan Taiwan. Fabrik ini sangat selesa dipakai dan ianya berbeza dengan pakaian biasa.

6) Adakah FIR didalam Premium Beautiful akan hilang setelah dibasuh?

Jawapan- Bio-ceramik ini sangatlah micro/halus dalam nano scale dan ianya disemai kedalam benang fiber yang diregang dan diputar berulang kali sehingga boleh ditenun sulam. Ia terlalu micro disemai/terlindung dalam fiber dan ianya tidak akan jatuh semasa merendam, membasuh atau membilasnya. Butiran halus dalam ukuran nano sangat micro dan boleh mendiami fiber tidak kira berapa nipis benang tersebut. Berlainan dengan produk lain yang Bio-Ceramiknya hanyalah disuntik berbentuk bulatan kecil dan ianya senang hilang atau jatuh apabila dibasuh atau direndam.

Persoalan Pemakaian Premium Beautiful Ketika Berpantang

1) Perlukah saya memakai bengkung semasa berpantang?

Jawapan- Mengikut ilmu perbidanan moden, Kegunaan bengkung terutamanya bagi ibu yang bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk di liang-liang perut. Selain daripada itu, ia juga dapat memudahkan ibu itu mengeluarkan angin panas dan kotor tetapi dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna la. Pemakaian Premium Beautiful ketika berpantang adalah satu BONUS kerana ia memberikan kesan yang sangat pantas untuk sesiapa yang inginkan bentuk badan kembali kepada asal dengan pantas! Amat digalakkan memakai set penuh untuk mendapatkan kesan yang amat memuaskan.

2) Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?


Jawapan- Ciri-ciri bengkung yang baik adalah bengkung yang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Kebanyakan bengkung yang pendek akan mengebabkan ia mudah terangkat keatas. *Dan ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim kebawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti isi yang terlebih dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang akan mengecil sedangkan di bahagian atas dan dibawah kelihatan lebih besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa perlu memakai set penuh ketika berpantang.




3) Berapa lama perlu memakai bengkung ketika berpantang?


Jawapan- Ketika berpantang, seelok-eloknya kita kena pakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya boleh mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh berpantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh berpantang. Sebaiknya anda perlu mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan juga amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit. Jika terasa gatal, diharuskan membasuh bengkung secepat mungkin.


4) Bolehkah saya memakai bengkung selepas pembedahan?


Jawapan- Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Premium Beautiful mempunyai ciri-ciri tertentu ( sistem cangkuk yang kemas ) yang memang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda terlebih dahulu. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atas nasihat doktor anda ( mungkin selepas 2 minggu atau lebih ).


5) Hari ke berapa baru boleh pakai set Premium Beautiful ni masa berpantang? Dan boleh ke letakkan krim yang panas sebelum sarungkan set Premium Beautiful ni?


Jawapan- a) Hakikatnya, Premium Beautiful ni mempunyai ciri-ciri khas yang boleh dipakai walaupun luka belum sembuh atau atas nasihat doktor anda.

Untuk ceaser : selepas 2 minggu atau lebih
Bersalin normal : 3 hari adalah paling awal yang pernah dipakaikan ( mereka rasa lebih selesa, sihat dan cergas daripada biasa)
Buat ujian ringkas terlebih dahulu dengan selimutkan Bengkung Premium Beautiful ini diatas perut anda, kancingkan perlahan-lahan satu persatu kancingnya. Rasakan dulu keselesaannya. ‘Be alert’ pada apa-apa kengiluan berlaku. Jika tahan sakit, boleh teruskan pakai, jika tidak tahan sebarang kesakitan sila tanggalkan, tunggu sakit hilang, pakai semula berulang kali sehingga anda selesa sepenuhnya.
Terbukti, FIR didalam Premium Beautiful membantu mempercepatkan penyembuhkan sebarang luka pembedahan.

b) Krim Panas..? Tidaklah dilarang memakainya. PENTING! pastikan gel/losyen/minyak tersebut betul-betul kering di kulit barulah boleh memakai Premium Beautiful. Ini bertujuan untuk menjaga tekstur kain Premium Beautiful. Kain Premium Beautiful berjenama Akuatek Akuadyne berteknologi tinggi, ia menyerap maksima bau dari dalam badan. Oleh itu jika losyen/gel/minyak urut yang mempunyai bau yang kuat, baiklah digalakkan mandi dahulu. Ini untuk menjaga dan menambahkan lifespan set kesayangan Premium Beautiful anda ini.


Perkongsian Pengamal Set Premium Beautiful

Selepas beliau keguguran, beliau memakai fullset Premium Beautiful dan ini yang beliau alami :

Pengkongsian yang sangat hebat! Beliau menggunakan Premium Beautiful sebagai bantuan rawatan selepas keguguran. Doktor Anne, dari KL . Mengalami keguguran pada usia kandungan 6 bulan+ akibat jatuh. Selepas pulang dari hospital, beliau search sendiri kaedah rawatan cepat pulih keguguran dan salah satunya adalah dengan pemakaian corset, beliau memilih Premium Beautiful atas rekomen rakannya yang memakai set Premium Beautiful ketika berpantang.
> Perut lega tidak sakit sangat. Beza kalau tanggal dan pakai. Masa keguguran memang lebih sakit, tapi kesan-kesannya masih lagi terasa selama seminggu tu :(
> Habis ketulan-ketulan darah yang masih terperangkap keluar secara semula jadi, saya rasa sangat selamat.
> Darah kotor ketul-ketul besar saiz separuh tapak tangan pun ada keluar, tapi mula-mula je, lama kelamaan normal.. Pada mulanya memang rasa takut, tapi tak sakit, ianya keluar macam ‘ gelonsor’ licin je turunnya, very natural way.
> Luka dalaman cepat baik
> Darah cepat kering
> Pangkal rahim mengecut dengan begitu cepat.
> Perut gelebeh kembali susut cepat dalam 3 minggu
> Emosi bertambah baik, walaupun masih bersedih.. Bila rasa badan semakin sihat dan badan semakin berbentuk semula, harapan baru itu timbul secara natural :)


Alhamdulillah beliau dapat menerima kehilangan tersebut dengan hati yang redha sekarang.. Tetapi jangan risau kerana dengan pemakaian Premium Beautiful mampu menyuburkan lagi dan insha Allah masih ada peluang untuk beliau.. Dan sebelum kita tutup sesi soal jawab kita ni Shanizan nak share sikit soalan yang dipetik dari :

S & J Sihat Segar; Majalah Pa & Ma keluaran Ogos 2010..Soalannya:

1) Saya melahirkan anak melalui pembedahan. Ketika berpantang, saya mengambil minuman pati ikan haruan. Apakah suplemen yang perlu diambil selepas berpantang untuk memastikan luka dalaman dan luaran sembuh?
-Shaza, Rawang, Selangor- 

Jawapan:
Luka akibat pembedahan memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan luka tersebut sembuh dengan baik & cepat. Selain mengamalkan meminum pati ikan haruan, puan juga boleh mengambil pati gamat bersama-sama vitamin E.
Puan turut digalakkan menggunakan girdle bagi mengurangkan regangan pada kawasan pembedahan yang mungkin boleh melambatkan penyembuhan pada kawasan luka pembedahan.

2) Bagaimana pemakaian bengkung/Premium Beautiful dapat membantu saya?

Jawapan:
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

3) Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?

Jawapan: 
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

4) Bagaimana jika perlu saya memakai minyak bersama dengan bengkung?

Jawapan:
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Tidak dilarang memakai minyak tetapi amat digalakkan dipakai berasingan dahulu, dikuatiri akan merosakkan tekstur kain Premium Beautiful.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.. Shanizan berharap agar dapat la membantu sedikit sebanyak dengan info yang diberikan. Selamat berPremium Beautiful dan selamat berpantang!


Love,
Premium Beautiful Expert,
Tengku Shanizan
011-39103230
tengku.shanizan@gmail.com


No comments :

Post a Comment

Awesome Readers