Saturday 22 November 2014

Ilmu Perniagaan Percuma di TLCC

Assalamualaikum...

Semalam kami di TLC sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengaut segala ilmu perniagaan percuma di TLCC daripada TLC Master Trainers kami.. Sebelum tu Shanizan nak rangkumkan semua ucapan terima kasih lah kepada semua mentor2 Shanizan kat TLC, CDM Abg Al-Faath dan CDM Kak Salha yang dalam berpantang pon still guide Shanizan dan barisan-barisan CDM di TLC yang tak pernah jemu2 duk canai Shanizan, duk tenyeh Shanizan supaya Shanizan berjaya dan tak lupa jugak la dengan company yang cukup hebat dan bagi kami disinilah "lubuk emas" kami yang tiap2 bulan tak pernah missed dengan bonus2 besar kami (^___^)V sangat rasa bersyukur kerana dijodohkan dengan company, mentor dan juga kumpulan yang tersangat hebat!





Inilah company hebat kami dan muka-muka usahawan di bawah naungan TLC pada Majlis Ulangtahun Ke-22 Syarikat Hai-o Marketing. Syarikat yang bertahan selama 22 tahun ni bukanlah calang-calang syarikat tau! 

Ok, sambung balik cerita ilmu perniagaan percuma di TLCC semalam. Shanizan tengahari lagi dah dapat whatsapp dari mentor pasal tajuk untuk kelas semalam, dan bayangkan ye dengar tajuk jer dah berdiri tegak bulu roma Shanizan. Cuba bayangkan lagi macam mana orang yang memang nak sangat sesuatu dan tiba-tiba orang bagitahu boleh dapat, PERCUMA pulak tu.. meroyan tak meroyan orang tu agak-agaknya? menggeletar tau tak sabar nak sampai kelas semalam!




Tengok la gambar ni meroyan tak meroyan? Balik je kerja dah tak legah-lengah lagi terus siap-siap nak pergi kelas sampai makan pon tak sempat. Janji dengan biz partner siap-siap lepas maghrib tu terus gerak jer. Walaupun jalan jem teruk semalam, tu tak buat Shanizan rasa down langsung sebab Shanizan tahu ilmu yang bakal shanizan serap kejap lagi lebih dari cabaran kecil yang Shanizan lalui. Perkara biasa kalau kita nak menuntut ilmu ni kadang-kadang datang pulak pelbagai halangan, lintasan-lintasan jahat kan tapi semua tu perkara biasa cuma kita kena kuat sikit la lawan perasaan tu. Cuba jadi degil sikit sebab degil untuk menuntut ilmu ni tak salah.. Alhamdulillah kami selamat sampai..





Ni pula masa kelas tengah hagat dengan ilmu-ilmu yang kami tak dapat kat luar sana sebab tu semua tak toleh kiri kanan dah sebab takut tertinggal point-point jutawan. Macam-macam ilmu perniagaan percuma di TLC yang kami dapat. Master Trainers yang hebat-hebat memang tak lokek ilmu langsung. Walaupun jam dah pukul 11 malam, tapi masing-masing tak berganjak dan takde sorang pon yang tinggalkan kelas sebelum kelas tamat. Walaupun Top Mentor kami CDM Kak Salha masih bercuti kerana masih dalam pantang tapi gelombang beliau, getaran beliau, semangat dan aura beliau tetap sampai pada kami. Betapa hebatnya beliau! Dan beliau merupakan idola saya dalam business ni. 

Dan majlis ilmu kami tamat dalam pukul 12 lebih. Tamat je kelas, Shanizan dan biz partner sambung dengan Ogroup sekejap dengan CDM Abg Alfaath. 




Kita menuntut ilmu sebenarnya satu jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu,para malaikat akan mengiringginya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka dan orang itu akan berjalan diatas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid! Dan juga sesngguhnya antara sifat ilmu yang berkat itu adalah didatangi dan bukan mendatangi. Majlis-majlis ilmu itu adalah taman-taman syurga. Subhanallah..Hebat tak hebat la kan orang yang rajin menuntut ilmu ni. 

Macam yang kita tahu kan, kalau kita nak berjaya, nak kaya kena la ada ilmu! Kalau nak ada ilmu pula kena la cari kan, kena la berguru orang cakap, betul tak? Zaman sekarang ni agak-agak ada lagi tak orang nak bagi kita free-free je ilmu nak buat duit? nak jadi kaya raya? kalau ada tolong bagitahu la ye Shanizan nak jumpa orangnya sebab zaman sekarang nak belajar, nak dapat ilmu, semua berbayar.. Takde yang Shanizan jumpa yang nak ajar kita buat duit free-free jer KECUALI kat kelas TLC sahaja. Master Trainers nya pulak bukan calang-calang orang pulak tu, semuanya boleh dikatankan sudah bergelar jutawan! BONUS lagi buat TLC sebab dapat kaut ilmu jutawan! Mereka mendidik, membimbing & berkongsi ilmu dengan kami semuanya PERCUMA! Tak perlu keluar duit sesen pon, cuma kena tadah jer diri dan kena sanggup la untuk belajar. Syukur alhamulillah... Shanizan bertemu jodoh dengan TLC dalam usia yang boleh dikatakan muda..




Ini lah barisan speaker hebat di TLC pada malam tu, masing-masing ada kepakaran mereka yang tersendiri.. Gabungan yang cukup hebat dan mantap. Memang tak salah lagi kalau mana-mana usahawan yang baru nak mulakan perniagaan tu memilih untuk bersama TLC kerana mentor di TLC ni sangat hebat! Gambar kata atas ni bukanlah saja-saja nak posing macam tu tapi mereka ada motif sebenarnya...haha Shanizan taknak cerita lebih tapi nak suruh masing-masing tengok sendiri mana mereka dapat inspirasi nak posing macam tu..





Yup, dari situ la inspirasinya..Ok mentor-mentor, akan ku ingat pesanan 3s tu!! Doakan Shanizan dapat siapkan cepat ye. (^______^)v Ok, lepas tu kami pon bersurai. Tamat lah sesi mengaut ilmu kami pada malam tu. Alhamdulillah selesai kaut ilmu perniagaan percuma di TLCC pada malam tu. Sebelum terlupa, Shanizan belanja lagi satu gambar. Terima kasih semua.. bye




Love,

Tengku Shanizan
Premium Beautiful Top Agent
011 39103230
tengku.shanizan@gmail.com



ahli ibadah tapi jahil)

Make Money at : http://bit.ly

No comments :

Post a Comment

Awesome Readers